Sunday, February 16, 2014

Kayuhan Malam Selasa 20140212 detik 8.30pm

Malam ni tak seperti biasa...tidak seperti malam yang lepas2...kerana malam ni KRT ada ahli baru yang ingin turut serta dalam kayuhan KRT. Sebelum ini beliau hanya mengikuti pekembangan KRT melalui blog...dan rasa2 teman ramai jugak ahli2 KRT yang beliau sudah kenal melalui Blog..... Malam Selasa 12hb Feb 2014 detik 8.30pm menceritakan....

Terima kasih Farha kerana sudi turut serta dalam kayuhan KRT malam tersebut...kan teman dah cerita....kayuhan kami banyak yang santai...jadi farha tidak perlu risau, kalau ada malam tu die kayuh laju..tu makne nye die dah ketar lutut..ubat nye  pecut......gambar diatas menunjukkan Dira sedang membetulkan cikal untuk Farha...

Kelihatan Khais sedang mengepam tayar cikal beliau...dan kelihatan Iekyn membantu memegang cikal beliau supaya tidak tumbang ...tumbang..dan tumbang.... (sama macam AP mengepam tayar pada update yang lepas cuma beza AP tak pakai helmet ketika megepam... Klik Disini)

Tayar ni ada masalah...bunga terlalu banyak...kata Dira...yan memastikan semua condition cikal dalam keadaan baik supaya tiada masalah dihadapi ketika farha mengayuh nanti..

Mana boleh lupa...cikal kuning teman....dan kelihatan dihujung kereta putih Nuar Bali tengah pakai kasut...hehe

Saya dah Ready!! kata iekyn...beliau memang dah pantas....
Khais dengan tayar cikal nyer yang udah kerass..
Seperti biasa..kami bergambar sebelum memulakan kayuhan....
Seperti biasa...CP pertama kami di KTM...kerana di KTM ada lagi sahabat2 menunggu...kelihatan Khais menceritakan cerita SERAM...dan kelihatan nuar Bali seperti tidak mempercayai...dan iekyn seperti terkejut dengan cerita nyerr...(apa ceritanya teman tak tau ..sibuk mengambil gambor)..hehe

Sahabat2 yang menunggu di KTM...kelihatan Syukor (President), Kucei, Bro Nadzim dan anak beliau..
Farha..didepan tiang bendera....didepan KTM...didepan Dewan Ipoh ..dan teman didepan beliau untuk mengambil gambar beliau..
Teman cerita pada khais...ditiang ini lah sahabat kite iaitu AP  menjadi popular dan terkenal....jadi khais tidak mahu melepas kan peluang...betul2 tiang dimana AP menyorok pada update yang lepas.. klik disini untuk tersebut

Teman pun tidak melepas kan peluang...mengayakan seperti teman dangan AP dulu.....bersama dengan  Khais..
Iekyn juga seperti tidak mahu melepaskan peluang...memang dah terkenal kawan teman si AP tu....jadi, sesiapa yang datang ke KTM jangan lupa bergambar ditiang ini..mudah ajer nak cari tiang ni...merujuk pada latar belakang..
Kelihatan Farha sudah bersedia untuk ke CP ke dua..iaitu padang Polo... kelihatan Nuar Bali dibelakang masih tidak puas hati dengan cerita seram khais..masih memikiorrr..

Khais bergaya dengan cikal Kucei.....Teman dah lama minat Road bike ni ..kata khais..

Farha pun sudah sedia...
Dira pun sudah sedia..Sedia untuk..ehemmm...(tahan dira..tahann..orang ramai disini)
Farha betul2 sudah bersedia di garisan hadapan...

Setelah beberapa minit Farha menunggu...kami pun tekan pedal untuk ke check point ke 2..iaitu padang Polo....
Setelah beberapa min..kami pun sampai ke padang POLO. Dari KTM ke padang Polo, iekyn antara yang terawal.... "No Yoga", kata iekyn...
Kelihatan Dira, Bro Nadzim dan syukor sedang berehat...
Ada sesuatu yang melucukan sedang dibualkan oleh Dira dan Bro Nadzim yang teman tak tahu..
Jentera2 setia kami...
Cuba lihat dibelakang...Nuar bali masih tidak berpuas hati cerita seram Khais....masih memikiorr..
Farha dan Iekyn... 2 gandingan  yang hebat nanti....dibelakang kelihatan Nuar Bali berlegar-legar masih tengah memikior....
Sebelum kami berangkat ke CP terakhir iaitu TKK... kami tidak melepaskan peluang bergambor bersama-sama untuk dibuat kenangan- kenangan..
Setelah 30min kami di padang polo..kami pun sampai TKK, iaitu CP yang terakhir...

Seperti biasa, Sampai ajerr ke  TKK (Taman Kanak2) Ais Kacang Menjadi pilihan kami...
Kelihatan Kucei, Syukor, Dira, Nuar dan Khais sdang membincangkan sesuatu....mungin next event untuk KRT....
Kelihatan Nuar Bali masih tidak berpuas hati  cerita Seram Khais ..masih memikiorrr.....hehee

lebih kurang 40min pekena ais kacang...kami ke Destinasi seterusnya...iaitu ..Pulang.....
Berangkat pulang dengan ais kacang didalam perut...hahaha

Lebih kurang 20 min dari TKK ke Desa Aman ..kami mengayuh pulang ....Di depan Dira, Khais, Iekyn dan sebelah teman Farha...tengah mengajar teknik menukar gear (maklum lah orang baru) ...dan di belakang kami Nuar ...masih tengah memekior ..tak payah cakap..korang tentu dah tahu apa yang dipikior nyerr sampai tak habis2..hehheee

Walau pun baru...Farha seorang cepat belajar macam iekyn dulu2 yang dah kategory Expert...rasa teman..lagi 7 kali Farha turun mengayuh dengan KRT..conform teman kena tinggal...hahhaha........Terbaik lah Farha...

Sebenar nya Nuar Bali tengah pikior .mcm mana nak balik karang..beliau diantara ahli KRT paling jauh mengayuh...dari Kampung Bali (atas Tronoh sebelum sampai Sri Iskandar), Terima kasih Nuar...memang terbaik buat nuar....

***Pastikan anda tidak segan untuk mengangkat tangan kepada kenderaan dihadapan atau dibelakang anda untuk memberitahu, perhatian perlu di berikan  pada anda kerana anda ingin memasuki simpang, langkah anda itu dapat membantu melancarkan pejalanan dan mengelak perkara yang tak dingini...TETAPI PERLU DI INGAT, jangan angkat tangan anda terlalu tinggi..ini kerana, Mungkin Ketiak anda sedang diperhatikan..dan ini mungkin akan mngundang masalah lain***


Gua Tekan Pedal Cikal Dulu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...