Pengasas n Admin

 
Alhamdulillah..
Akhir bulan Sep 2014 di lokasi Giant Tambun Ipoh Perak jam 10.30pm adalah hari bersejarah bagi kami, di ketika itu  Chor Khais dan Leilarazii tengah pekena roti salad. Pada tarikh dan waktu itulah tertubuh nya satu lagi Team basikal di Ipoh iaitu Kamen Riders Cycling Team (KRCT). Kami bersetuju Kamen Riders Cycling Team adalah nama team yang baru untuk kami tubuhkan.
 
Walau permulaan ahli kamen hanya dua orang, kami percaya disuatu hari nanti Team Kamen Riders akan melebihi dari tiga orang, mungkin 5 atau 10 orang. Team ini ditubuhkan untuk kayuhan seronok-seronok, santai, dapat mengeratkan lagi tali persahabatan dengan rider-rider yang lain dan menambahkan lagi kenalan dalam dunia berbasikal ini.
 
Kami jugak bersepakat untuk Team Kamen Riders ini tidak mempunyai president/Ketua. Kami hanya mempunyai Pengasas dan beberapa admin yang membawa hala tuju team ini. Setiap admin akan diberikan tugas untuk pegerakan team ini seperti aktiviti pendaftaran, percarian event, penginapan, publisiti, jersey, t-shirt, product kamen, dll yang bersangkutan dengan sukan basikal. 
 
 
Kamen Riders Cycling Team turut dibantu oleh ahli terawal dan juga Admin kuat KRCT iaitu Husyairi dan Nua Bali. 
 
Admin KRCT 2016 :
1- Leilarazii
2- Chor Khais
3- Husyairi
4- Nua Bali
5- Wan Polis
  
 
Alhamdulilah, Kini Kamen Riders Cycling Team ( KRCT ) telah bekembang, dengan ahli perbagai lapisan dan bangsa. dengan ahli melebihi 50 orang.
 
Setiap keputusan kepada team akan dibuat mengikut undi majoriti oleh para admin.
 
Gambar Pengasas KRCT
( In Progress )
 
 
Gambar Admin KRCT 2016
( In Progress )
 
 
  
Kami berharap team kami ini mendapat sokongan dari rakan-rakan  tak kira dari MTB, Folding atau Roadbike. Kami teramat mengalu-alukan sebarang pandangan dari otai2 dunia basikal ini.
 
Kami teramat berterima kasih kepada individu, team-team  yang menyokong kami dari belakang. Kami berharap semoga team ini terus maju kehadapan dengan sokongan anda semua.
 
Terima Kasih,
Leilarazii
 
 
** Gambar2 ahli2 kamen dalam process

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...