Monday, April 13, 2015

Kayuhan Muhibbah bersama DYMM Sultan Perak - 11April 2015

 
Salam Geng....lama sungguh kami menyepi dalam dunia blogger..... hehhee..mesti yang ramai menyangka kami dah hilang dari dunia basikal... dan bertukar hobi lain....main layang2 ke... guli ke... gasing ka.... hahaha..gurau saja ya....
 
Nak tinggal dunia basikal insyaAllah mungkin tidak rasanya... kami masih lagi aktif..dan boleh dikatakan setiap minggu kami ada aktiviti basikal, cuma penulis sibuk yang teramat kerana tugas.....sekarang Alhamdulillah... dah makin reda .. jadi boleh saya menyambung menulis kembali blog www.k-ridersteam.blogspot.com
 
Seperti di wawarkan ... dan berlegar-legar mengenai KAYUHAN MUHIBBAH bersama rakyat ini di FB dan group wasup, hati kami terdetik untuk turut serta. Tambah pulak kayuhan tersebut turut di ketuai DYMM Sultan Perak ke 34  iaitu Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah atau Raja Nazrin Shah . Daulat Tuanku.
 
11hb April 2015 ... detik 6.30pm menceritakan......


 
Gambar diatas adalah sebelum kejadian... iaitu pada 10hb April 2015 sebelah petang, kami sibuk kerumah kucei (tiga dari kanan), bukan ada kenduri..tapi nak ambil goodies kayuhan muhibbah, kucei adalah orang bertanggungjawab dalam pendaftaran kayuhan ini. Beliau jugak di tugaskan memastikan goodies kami berkeadaan baik dan sampai di tangan pemilik nya dengan selamat... berat tugas beliau ni..kalau saya kebas satu coklat dalam satu goodies conform dia akan ganti...hahahaha...
Gambar diatas adalah kandungan barang yang ada didalam goodies kayuhan muhibbah... memang berbaloi ...  dengan bayaran RM30... Puas hati... hati senang... :) 
kena simpan balik barang ni, karang hilang 1 coklat naya kucei kena ganti ... hehehe
11hb April 2015 ... malam... tiba lah hari yang di tunggu-tunggu...
gambar di atas leilarazii dan Tuan Shaharon Anuar Own (penaung Team Marksman yang terkenal)
Seperti yang telah di janjikan, malam itu Tuan shaharon dan team  akan turut bersama kami untuk menyertai kayuhan muhibbah...saya rasa tak perlulah saya cerita kan tuan shaharon ni, conform korang kenal kan.... cuma sedikit saja saya nak cerita, tuan seorang rider yang tegar...... setiap minggu mesti ada xtvt kayuh...  dan beliau jugak adalah pencetus untuk kayuhan malam setiap bulan sekali di daerah Batu Gajah yang  mendapat sambutan amat memberangsangkan.
Diatas adalah banner untuk kayuhan akan datang... datang  ya..
 
Kami masih belum di lepas kan... biasalah.. peluang ini kami ambil untuk bergambar..
Di antara geng kamen... depan sekali ni kawan lama saya... last saya kayuh dengan dia pertengahan tahun lepas... malam ni saya dapat jumpa balik ...seronok betul saya... yang no 2 ifzan... beliau sebenarnya baru-baru nak kayuh ... Nampak gaya nya dah jatuh hati dengan dunia basikal...
sebelah ifzan ahli kamen paling tinggi iaitu kami panggil panjang.. dan di ikuti kent dan abu
(bertopi putih).
 
Kami masih bergambar..bermakna kami tidak di lepas kan lagi..hahaaha
gambar diatas depan sekali adalah junior kami ... Fitri 
oleh kerana masa untuk berlepas lama lagi, maka time ni kami amat sibuk... iaitu sibul bergambar....   hahahaha
kami bergambar lagi... selfie..selfie.. kata chor khais.... 
Fitri dan ayah beliau iaitu Otai dalam cycling Nua Bali...
Tuan Shaharon Anuar Own dan chor Khais
Husyairi@kucei pun tidak  melepaskan peluang.... memenuhi masa dengan bergambar hehe...
Sebelah Tuan Shaharon ni pulak nama nya Dr Sharil.. Beliau adalah ahli kamen yang baru.... malam ini adalah malam pertama bagi beliau untuk kayuh..
Kami masih belum berlepas ... tak sabar rasa nya....hehe
Start dari Dr sharil... no 4 bertopi merah, saya belum perkenal lagi... geng kami baru jugak .. kami panggil Shuk ..
 
Setelah beberapa minit, Kami pun berlepas...
Tapi .. apa kan daya...kita mampu merancang ..tapi Tuhan yang menentukan... tak sampai 1km kami mengayuh... tiba-tiba..hujan turun dengan lebat nya... apa lagi.. kami pusing ke bangunan DBI lah.... aduhh .punya lah semangat nak kayuh... ...kelihatan di atas Dari kanan Noni, Yazid, Chor Khais, Tuan Shaharon dan Man ... tengah sedih kerana tak dapat kayuh ... kecuali noni dan yazid..sedih dalam senyum..hehehe
Cuba lihat belakang... keadaan hujan yang lebat..kelihatan yazid masih senyum dalam sedih lagi...hehehe
 
 
Lebih kurang 1 jam... hujan pun berhenti... Nak balik tak boleh.. ..bukan kata pagar bangunan DBI dah kunci kami.. tapi nak tunggu cabutan bertuah.. mana nak tahu kut-kut bertuah.... hehe
bukan nak kata apa dah...memang bertuah....bukan teman, tapi kawan- kawan teman, korang tengok basikal HUMMER warna kuning tu... itu adalah no kawan teman iaitu Nuar beger bertuah... jadilah..hehe... ramai jugak ahli-ahli kamen bertuah malam tu....dengan hadiah seperti helmet...dll.. Tahniah semua....
Tahniah!! Tuan Shaharon, No beliau sudah berbuah...dah mengeluar kan hasilnya... ini lah hasil ...Tahniah tuan..hehe bertuah jugak no tuan...
Oleh kerana no Tuan Shaharon dan Yazid sudah bertuah.. diaorang dah tak perduli dengan acara no bertuah dah....hehehe... apa lagi..bergambor lah....hehe.  
 
 
 
Inilah wajah-wajah bila no dah tak bertuah... huhuhu....
sambil bergambar kami berfikir... rasa nak bawa lari aje basikal Medical ni....hahaha
 
Balik pada cerita hari hujan tadi. Buat pengetahuan korang, Kami adalah peserta paling belakang...  dan hanya kami dan beberapa orang sempat pusing balik... peserta depan kami meneruskan kayuhan .... dan mengejut kan lagi... DYMM Tuanku pun meneruskan kayuhan.... dan paling mengejut kan .. DYMM Tuanku Sultan menghabiskan kayuhan beliau walau dalam hujan bersama rakyat jelata.......
 
DAULAT TUANKU
 
Seperti biasa... setiap kali habis kayuh, mesti mengeteh dulu
hehe.. gambar di atas adalah sebahagian ahli kamen mengeteh....termasuk jugak Tuan Shaharon... yang sebahagian lagi terpaksa balik ...kerana ada yang jauh rumah nya....dan ada yang lesen kecik ...hehehehe.... yang bertopi dalam gambar diatas adalah Nua Beger yang mendapat cabutan bertuah basikal HUMMER .... Tahniah lagi sekali Nua..
 
Kayuhan Muhibbah, adalah kayuhan yang terbaik...dan kayuhan malam yang teramai rasa nya....dan cabutan yang terbaikkkk!!!
 
Gua tekan pedal cika dulu... 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...