Tuesday, September 23, 2014

Kayuhan bersama Ketua Polis Perak di IPD Batu Gajah

Leilarazii bersama KRT
Gerak..gerak..gerak khas....lagu ni teman tak boleh lupa sampai sekarang.. salah satu cerita drama polis episode di RTM arahan Datuk Yusof Haslam yang berjaya menambat hati teman, rasanya bukan teman saja kut..malahan berjuta rakyat malaysia ditambatnye..cerita yang penuh pengajaran.. dan mengajar kite erti dunia POLIS.. lagi satu, kalau teman depan TV tengah tengok cerita gerak khas ni,..jangan harap lah orang lain nak tukar channel lain..walau pun time iklan...dan satu lagi..remote TV mesti teman tanggalkan bateri..hahaha...

Sebenar nya teman nak bagitau.. Teman dan beberapa rakan ..terutama dari KRT telah di jemput oleh cputeh riders untuk menyertai event Kayuhan berbasikal di IPD Batu Gajah. Oleh kerana teman ni orang Batu Gajah teman pun setuju.... .. bukan itu saja, kebetulan! sebenar nya ketua Polis Daerah Batu Gajah adalah salah sorang pelakon drama dan filem Gerak Khas iaitu Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif. Tanpa membuang masa ... 13sep 2014 detik 6.30am menceritakan apa yang berlaku..



Merujuk pada gambar diatas, pada pagi sabtu, seperti masing-masing mengikat janji.. kurang lagi 15min pukul 7am, ahli-ahli knight riders sudah berkumpul didepan rumah teman.

Ini Azahary.. kalau berjanji dengan beliau ni..pasti tepat.. kalau tak percaya.. cuba berjanji dengan dia... kalau korang janji dengan dia pukul 6.30am.. .. pukul 6.20am dia dah sampai... hehehe.. bukan apa..masa teman buka lampu luar rumah teman pada pukul 6.20am..tiba-tiba disatu sudut luar rumah teman lampu kereta menyala dan kereta tersebut  menghala betul-betul pintu pagar teman...dan tak lain tak bukan beliau lah..azahary.. ..kan betul teman cakap tadi.. hahaha...

Ini pulak tentu korang dah kenal...bagi yang belum kenal lagi tu.. ini lah meorey...antara orang kuat knight riders... designer KRT.. beliau tengah bertungkus lumus membetulkan sendi basikal lipat belliau yang telah dilipat.. .. Basikal beliau ni adalah antara salah satu basikal di dalam senarai basikal Team Ipoh Foldies yang tengah melonjak naik di ipoh....kali ini Basikal lipat menjadi pilihan bukan MTB ...maklum lah ..santaiiii...

 Ini tak payah kenal..korang dah kenal tadi.. ye betul!! Azahary ...


Ha!! yang ni rasa nya korang tak berapa kenal lagi..beliau ni antara orang pertengahan knight riders, Annuar Ariffin...atau teman gelar beliau Nua burger... ini kerana part time beliau meniaga burger bakar... yang citarasa nyerr fuhh!! terbaik..buka nak promote..tapi betul..dan paling special..daging burger memang beliau buat sendiri..dengan resipi tersendiri..adunan reka bentuk burger sendiri...tak percaya cuba dapatkan burger bakar beliau yang hanya boleh didapati di ipoh saja...  untuk tempahan dan mengetahui lokasi beliau meniaga hubungi lah beliau wasup/sms/call : 012-5841885
Setelah berhempas pulas meorey membetulkan sendi basikal lipat beliau..akhir ..berjaya jugak di betulkan... tak lupa trademark beliau air susu tergantung di handle...  cayalah meorey..

Tanpa membuang masa...lagi 5 min pukul 7am..kami memulakan kayuhan menuju IPD batu Gajah untuk melaporkan diri... macam polis pulak teman rasa ....lupa nak bagitau..dari rumah teman nak ke IPD lebih kurang 7km..

Kami meluncur laju mengejar waktu untuk sampai di sana... time ni meter bawah 40km/hr atas 23km/hr.. 
Kami dah sampai ke bukit changkat..ini menunjukkan..kurang 1km kami akan sampai di IPD... kelihatan azahary dengan basikal GT beliau..mendahului yang lain.. beliau ni boleh tahan orang nya..orang lama dalam berbasikal ini... patutlah laju...
Kami mendaki bukit yang panjang.. masih di bungkit changkat batu gajah,diatas kelihatan meorey dan sahabat beliau nuar burger bakar sedang menekan pedal sekuat hati kerana tidak mahu menolak dan dipotong oleh chor khais, nua bali dan triple H di belakang...
Gambar diatas . dari Kiri, kelihatan ...chor khais, Nua Bali dan Triple H, tengah mengejar meorey dan nuar burger..azahary jangan cerita lah..dah tak nampak bayang... selamat di hadapan....

Tadi meorey kayuh bersama nua burger kan, kali ni beliau sorang pulak...nak tahu kenape? kerana nua burger dah kena tinggal oleh beliau... hahaha...Paket susu beliau masih tergantung pada handle basikal...ini bermakna beliau belum habis minum lagi...
 Tepat 7.10am kami sampai di IPD Batu Gajah... kelihatan nua burger seperti melihat sesuatu yang beliau rasa tak masuk akal....teman rasa teman tahu..mesti beliau tengah tengok basikal folding meorey yang kecil tapi laju meninggalkan beliau..hahaha. pelik! mungkin itu bicara hati beliau... di tengah diantara mereka berdua, kami panggil "Abang" atau satu panggilan lagi koler man.. dia pun orang lama KRT. . kalau berbual dengan beliau pasti korang akan terpikat..kerana percakapan beliau teratur dan kemas...  teratur dan kemas macam mana?? itu korang kena cari beliau dan cuba berbual dengan beliau..hihihi.. opps ...nanti dulu..Cuba korang tengok handle bsikal meor..paket susu dah takde..ini bermakna susu yang beliau bawa tadi baru habis diminum..hahhaa
Ini pulak orang baru...  nama nya Asraf.. berkenalan dengan teman didalam FB dan diperkenalkan oleh salah seorang riders kental dari KL iaitu Fitri Izehar.. yang sekarang tidak dapat beraksi buat sementara waktu kerana kecederaan pada lutut...  dibelakang nua burger menunjuk kan 1 like ...

Chor khais dan nua bali cuba sembunyikan wajah dari teman apabila teman nak mengambil gambar diaorang...kerana dah tahu..pasti teman akan cerita kan dalam blog yang diaorang tewas dengan basikal sesendi meorey ...hahhaaa
Azahary Bergambor dengan Zaini (dari Kiri) dan Nusi (dari kanan) sebelum acara bermula... opss..lupa..zaini mengenakan baju baru knight riders,dari hasil tangan cikgu karim dan team (dira, ibrahim).
Yang mengikuti blog teman mesti korang kenal sapa diatas... ya betul Adik IKA .. cerita beliau ada didalam update teman yang lepas iaitu http://www.k-ridersteam.blogspot.com/2014/06/roda-bsikal-kami-berputar-putar-d.html dan http://k-ridersteam.blogspot.com/2014/08/kayuhan-doa-untuk-gaza.html .. ok adik IKA..satu senyuman ...kata teman pada beliau..tu pasal beliau senyum...hihi
Yang belah kanan...berbaju lengan warna kuning tu ialah superwan..beliau pun turut turun dalam kayuhan ini..beliau ni dari Klang....jauh kan ..semata-mata turun untuk kayuh bersama kawan-kawan knight riders..terima kasih wan...beliau ni orang lama knight riders... beliau turut mengunakan basikal lipat ...
Superwan dan koler man..sahabat baik ni... cubit paha kiri paha kanan terasa orang kata... lepas ni teman nak cuba cubit paha kanan koler man..hihi...silap-silap perut teman yang sakit kena cubit dengan koler man..

Di sebelah kanan adalah awal yang turut mengenakan t-shirt baru knight riders . ..dan di sebelah kiri beliau ialah riders dari cputeh..
untuk pengetahuan korang.. semua yang berbaju hijau di atas adalah angota Polis... sedang memberi taklimat kepada kami ..
antara aturcara nya ialah : 
1 - menunggu ketibaan ketua polis perak ( kat sini baru teman tahu..kayuhan kali ini turut serta adalah ketua polis perak)

2 - Sarapan pagi ( yang ni best..betul ape korang fikir..makan!! )

3 - Senaman

4 - Sesi bergambor (yang ni betul jugak korang fikir..pasti teman cari ketua polis batu gajah..hihihi)

5 - start kayuhan (seperti biase, kami di minta jangan potong Ketua Polis Perak dan bab ni temam takut sorang ajerr..iaitu meorey..sebab beliau ni pernah buat hal, potong VIP  masa kayuhan di padang rengas dalam update yang lepas..hihihi.... nasib baik VIP nyer ok.. kalau tidak tak tahu lah..haha )
Husyairi (triple H) dan Awal.. bergambor dulu..ini bermakna ketua polis belum sampai lagi...
Kite gambor ramai-ramai..yang hadir pada hari tersebut... tercunn dalam kenangan... time ni ketua polis perak belum tiba lagi.. dan kelibat ketua polis batu gajah pun teman tak nampak lagi...
Masa kat sana..bukan teman saja mengambil gambar...tapi kami juga turut di buru oleh cameraman-cameraman didepan kami ni..yang kami tak tahu dari mana...salah sorang kata dari berita harian..sorang lagi kata dari astro.. .ehh bior benor.. dan tak lupa jugak teman pun turut berkata...teman dari Search google leilarazii... hihihi...sorang dah pm teman..hihihi..tqtqtq...
Gambar lagi...ya betul.!!..Masih ketua polis perak belum sampai...diatas adalah nua burger and the geng... semua nye berjiwa kentall.. dan mempunyai personaliti yang menarik.. .Terima kasih semua kerana sudi hadir disini ...kalau tidak..menurut nua burger..diaorang akan ke Bukit Kledang menakluk puncak....terbaik korang ..tip topp....
Seperti biase.. kalau riders berjumpa time kayuh .. mesti sembang mengenai basikal..... seperti gambar diatas..  tripe H menunjukkan helmet beliau pada meorey..dah tentu perbualan mereka tentang helmet....hehehe...kan teman dah cakap...hehe..topik masih basikalkan..
Noor Asraf.. time ni teman tahu perasaan dia..maklum lah baru join...  tunggu lagi sebulan ...nanti teman akan cerite kan lagi pekembangan beliau di blog yang akan datang...
Gambar nua burger ni teman tangkap zoom dari jauh... tengah pikior ape lah agak nyerr... ha!! mungkin pasal basikal sendi meorey kut.. tak habis lagi..hihi...
 Makan time... nampak nyer kite ke acara ke 2..iaitu sarapan.. kelihatan chor khais tengah mengaut makanan.dan bro zaini didepan..... menu pagi itu adalah bihun ..karipap...dan berbagai jenis kuih lagi.. . kegemaran temam pada pagi itu adalah Karipap...  Terbaik!!... inti kari ubi kentang..memang A++ ... opps..japp.. kami makan pagi kan..ini bermakna ketua polis perak sudah sampai...hihihi
Kelihatan Zaini dan anak beliau IKA. Kelihatan meorey tak cakap apa dah...fokus pada makan..itulah meorey..
Superwan .... time ni ramai orang dah ambil makanan, cuba korang tengok makanan..masih banyak lagi kan...mewah makanan kami pagi tu..... terima kasih pihak penganjur IPD polis batu gajah...
Kami lah orang pertama bergambar dengan ketua Polis Perak  (yang bertopi merah) iaitu Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.. Terima kasih Tuan sudi bergambor dengan kami... 

Time teman ambil gambor ni, teman sebelah ketua polis batu gajah..iaitu gerak-gerak khas...Teman sempat berdialog dengan dia..
dialog nye
Leilarazii : Tuan!!!! nak ambil gambor dengan tuan nanti bole??
Ketua Polis Batu Gajah: Boleh ..nanti lepas selesai..
Leilarazii : Terima kasih Tuan!! ( gaya macam  Polis)
Ketua Polis Batu Gajah : Errmm..

fuh!! terasa teman ni macam dalam movie Gerak Khas pulak..hihihi
Selepas selesai sesi bergambor.. kite ke acara seterus nye...iaitu Senaman... korang nampak diatas pentas tu ... beliau akan menjadi ketua pagi tu..bukan ketua polis..tapi ketua senaman kami pada pagi tersebut..nama dia teman lupa pulak..hihi...teman panggil kak yong lerr...bole..?? hihi
Kami buat barisan mengikut arahan kak yong... dan juga mengikut rentak kak yong..time ni...muzik dah kedengaran time ni...
Korang nampak chor khais angkat tangan kan..sebab time ni kak yong angkat tangan ..dan memberi arahan angkat tangan...dan kelihatan superwan memerhati aje.hihihi..
Cuba korang tengok chor khais..tengah angkat tangan macam tu kan..nak tahu kenape?? pandai..pasal kak yong tengah angkat tangan macam tu.. ..hehehe... lain pulak jadi nye dengan bro zaini dibelakang...
Triple H tidak melepas kan peluang mengikut arahan kak yong di hadapan ..sambil mengikut rentak muzik seperti bolywood kalau tak salah teman...ehh kenape dengan awal tu...belum dapat rentak senaman lagi kut...
hahhaha..sempat lagi superwan mengambil gambor ..hihi..wann!! ..senaman wann ..nanti kak yong marah..hehehe (jerit teman tapi perlahan ..takut kak yong dengar).
Ini hanif.. orang power ni dalam basikal..  pernah dapat top 10 dalam jamboree...
nusi cube sembunyikan diri dari lensa kamera teman... hihihi..kelihatan di belakang..wann tengah menyerongeh ..senaman wann...jangan lari...nanti kak yong marah....
Time ni kak yong tengah fokus belah kiri ..kami belah kanan..jadi dia tak nampak kami..jadi peluang ini kami ambil untuk bergambor..hehehe
Amboi-amboi meorey.. kemain die ye... ni bukan berdanca meorey .. ni senaman..hahaha... cuba korang tengok di belakang.. awal dah mula dapat rentak senaman..hehe
Ni team nua burger.. senaman!! senaman!! nanti kak yong marah... hihihi
Muzik ni tiba-tiba ade sikit rentak macam joget..apalagi..melompat lah nua bali untuk berjoget...mencari pasangan untuk berjoget..hahaahaa..  kite tengok ..sapa mangsa nyer..
Ooo.. ini mangsa Nua bali berjoget rupe nyer..chor khais..hhahaha.. awal hilang rentak kembali..hihi
Kite tengok orang baru kite..Asraf.. nampak tak..time ni teman rase beliau dah ok.. sambil ditemani otai kite..Azahary...
time ni senaman belum habis lagi..tapi kami boleh begambor  ..nak tahu kenape...time ni kak yong pusing belakang..hahha..dan kelihatan superwan tengah memerati kak yong..kut-kut dia dah toleh kedepan.orang penang cakap ushar line!!... gambar ni cantik bagi teman kerana ade cerite di sebalik nyerr.. cerite nyerr kak yong toleh belakang dan kelihatan kami semua enjoy... hahaha ..TERCUNN DALAM KENANGAN...
Korang tengok kak yong dah kalih kedepan kan... time ni kami dah balik normal....tak percaya tengok gambar di bawah...hhahaahaa
TENGOK!!!kan teman dah cakap.. back to normal..tapi masih di lokasi yang sama... macam tak de apa-apa yang berlaku..hahaha..padahal bila dibelakang kak yong kemain korang yerr...kalau korang perasan..meorey pada mula tadi dibarisan depan..macam mana last-last boleh di belakang... hahaha
Bab senaman dah habis.. sekarang kami berkumpul di belakang garisan putih bersama basikal masing-masing... kelihatan chor khais, zaini, ika dan orang rumah hanif sudah mengambil tempat...
Nusi bergambor dulu ..agaknyer lerr..hihihi
Kayuhan telah bermula...seperti biasa ..kami tidak dibenarkan untuk memotong Ketu Polis Perak dan Batu Gajah... baju hijau adalah team polis..

Di belakang teman adalah asraf..
Seperti biasa..teman menjalan tugas untuk Knight riders dan blog teman  www.k-ridersteam.blogspot.com
Meorey masih di belakang ketua polis.. kelihatan azahary dan triple H di hadapan meor... Kelihatan ketua polis dikeliling riders berbaju hijau..
Kan teman dah cakap.. sikit lagi meorey menghampiri ketua polis, tak ketinggalan juga Azahary...hihihi.. ketua polis berjersey putih...
Triple H..  belakang meorey..
Chor khais.. kelihatan nua burger mengekori di belakang.. dan adik fitri

Meorey dan azahary dah didepan...persoalan..dimana berbaju hijau...hihihi .. kami semua menuju ke CP1 iaitu bemban..
Jangan potong ketua polis ... kata teman pada meorey dan azahary.. mereka berdua memberi isyarat faham...hehehe
Kami sampai bemban..CP1.. wah!! kalau kayuh dengan VIP..terasa seperti VIP...lihat... kami di sambut..hehehe..sebenar nya diaorang sambut Ketua Polis Perak...hihihi .. perasan pulak... kihkih..
agak nye.. diaorang kat belakang teman ni pun begitu ... berfikir seperti teman.. hahaha..
Kalau korang perati betul-betul... kelihatan Ketua Polis Batu Gajah mengangkat tangan kepada kanak-kanak yang berbasikal yang menanti di tepi jalan supaya turut serta dalam kayuhan ini... Terbaiklah Tuan.
Ini lah kanak-kanak tu..sebelah meor..dan ramai lagi di belakang teman... nampak riang diaorang ni kerana dapat menyertai kayuhan ini..
Ika dah ada Geng..
Dalam bebrapa KM..kami sampai di lokasi.. iaitu CP1
Biase lah kami.. bergambor kenangan ... Tercunn dalam kenangan....
Satu kemestian.. apabila kite menyertai jamboree atau pun Funride.. jersey Knight Riders satu kemestian untuk di pakai.. ini lah kami..barisan lama dan baru.. sama saja.. dan kini .. Knight Riders dalam pocess membuat Jersey ke dua..dan dijangka gelombang knight riders akan berkembang, yang asal ahli knight riders terdiri dari 5 orang...dan kini angka ahli mencecah hampir ratus.
Sebahagian kami ..  knight riders...
Time ni Ketua Polis Perak sedang memberi ucapan..
Gambar diatas menunjukkan..chor khais sedang menunjukkan ilmu terapung beliau ...yang membuat nua bali terkejut melihat nya..hahaha..
Akhir nya..dengan tunjuk ajar chor khais..nua bali berjaya menguasai ilmu terapung chor khais...hahha
Meorey pun tidak melepaskan peluang..turut belajar ilmu terapung dari chor khais....sambil di peratikan oleh chor khais... hahaha
Apalagi.. ilmu terapung ini telah merebak kepada rakan-rakan yang lain..hahaha..nasib baik ilmu terapung ni tak berjangkit dengan ketua polis perak..kalau tidak ..naya kami..hahaha...gurau ajerr ye Tuan..
Kami semua tidak melepas kan peluang untuk bergambor dengan Otai MTB...iaitu Bro Manan..yang turut serta dalam kayuhan ini..
Mungkin nusi mengambil gambor kut..hihi
 Rasa-rasa korang apa yang dibual kan oleh mereka bertiga diatas..??  betul.. dah tentu pasal basikal..hihihi..


Setelah 30min, kami pun memulakan kayuhan menuju ke CP ke 2..iaitu Taman Cputeh..yang lebih kurang 10km dari sini.. lihat asraf!!..teman rasa tak payah tunggu sebulan..dalam beberapa jam beliau dah ok.... dah hilang rase segan...hihih..terbaik asraf... Ika menjeling..
yang ni korang jangan salah faham..superwan bukan ditangkap..tetapi basikal beliau mempunyai masalah rantai... makna nyerr ..terpaksalah beliau naik lori polis... hihihi...
Kami meneruskan pejalanan ke CP ke 2..taman cputeh.. Ketua Polis Perak masih dihadapan
Boleh dikatakan team kami knight riders dihadapan bersama Ketua Polis Perak...hait!! mana riders berbaju hijau atau polis pengiring..???  


 Laaaaa..patutlah.... hehehe..diaorang dibelakang kami...cuba lihat mereka...berbaju hijau...yang angkat tangan tu...sepatut nya diaorang didepan bersama dengan Ketua Polis Perak..ni dah terbalik .. kami pulak yang jadi pengiring..hehehehe...

Sebenar nya diaorang dah kenal kenal kami..hihihi ..terima kasih...
Inilah team kami..bersama ketua polis perak yang baik hati...yang betul-betul santai... time kami menghampiri lokasi CP2...

cameraman sudah bersedia untuk mengambil gambar..dan teman pun dah bersedia untuk mengambil gambar diaorang... hehehe.serba salah cameraman bila teman kata senyum ketika mengambil gambar diaorang..mesti diaorang fikir teman ni dari liputan mana? .. hahaha
seperti teman cakap diatas...  kalau kayuh dengan VIP, kite terasa seperti VIP..hihi..ni lah dia... cuba lihat gambar diatas...kami di sambut oleh penduduk taman Cputeh.... Wow!! ramai nyerr...
Kelihatan beberapa khemah telah didirikan..
 Cuba korang tengok..berbagai juadah kuih telah disedia oleh penduduk Taman Siputeh ini untuk kami... semuanya sedap-sedap.. terutama karipap tu...A++.. tak tahu nak cakap apa dah... layanan mesra penduduk membuat kami terasa amat terharu... jutaan terima kasih kami ucapkan... Terbaik !!

Nusi dan puteri-puteri kesayangan beliau... agak-agak nya.. mungkin gambar diaorang ni kut dia tengok dalam handphone tadi...yang sikecil tu seperti memahami teman mengambil gambar....
Ha!! nua bali cuba membuang angin tayar teman...nasib baik teman perasan  hahaha...mungkin marah kan teman mengambil gambar beliau berjoget kut...hhaha..
Satu gambar leilarazii...  jerit chor khais pada teman... ktap!! bunyi camera teman tanpa flash...
Lihat gambar diatas.... nak tahu kenapa kami beratur?? ini kerana . ketua polis Perak mengizinkan kami kayuh laju sedikit dengan diiringi oleh kereta dan motor polis, ini bermakna kami diberi lesen untuk kayuh selaju yang boleh... yeahhh!! tapi dengan syarat.. mematuhi arahan polis yang mengiring...  kali ini Ketua Polis Perak kayuh di belakang... Terbaik lah ketua polis Perak..  

Cuba korang bayangkan... kayuh laju-laju... diiringi kereta dan motor polis... wow!! jarang-jarang dapat peluang macam ni tau.. yang paling penting.. conform tak kena saman...hahaha
Koler man dah tak sabar dah... haha..agak-agak nya die pun fikir macam teman.. kayuh laju-laju tanpa saman..hehehe
Cuba korang tengok..pantang diberi peluang ..bertiang teman ditinggalkan... hahhaaha.. lihat motor polis mengiringi kami..
Bila teman awal-awal ditinggalkan bertiang-tiang, apalagi..mana boleh jadi..teman simpan camera teman..drop gear (dah macam motor drop-drop gear..hihihi)  terus pecut...  dalam pecut..dengan selamba teman di potong oleh seseorang yang teman terus ter nganga.....nak tahu sape.. ?? Otai kite.. abang manan... time tu teman tengok meter teman 27km/hr... die potong teman selamba ..dan tinggal kan teman bertiang-tiang.. agak-agak korang, berape meter abang manan?? fuh!!

Takpe.. teman tak kisah kena tinggal bertiang-tiang dengan abang manan..kerana beliau otai dalam cycling ni.. memang tak terkejar teman... tapi..cuba korang tengok gambar diatas..ya betul meorey...yang ni teman kena cuba kalah kan..kerana dah berkali-kali teman dikalah kan oleh beliau di Jamboree... ini lah peluang teman...hihihi...
Akhir nya... yes!! teman berjaya tewas kan meorey..hahaha..lepas ni teman tak kisah dikalah oleh beliau berkali-kali pun..hahaha ayat cover..hihihi.. gambar diatas adalah antara yang terawal sampai di IPD..bila teman kira..teman adalah no 8 sampai disini..diikuti meorey dan triple H...
 
Inilah abang manan yang teman ceritakan tadi... yang potong teman selamba.. (berjersey biru)..

  
Time ni ketua polis perak sudah sampai..apa lagi..makan time lagi lah.. pilihan pertama teman.. Cendol..
Hait!! macam mana diaorang ni makan dulu..padahal..teman rasa..teman sampai dulu..amboi..bab makan...laju je ye... (sama dengan teman)..kihkih
Tak salah meja ni nasi goreng dan ayam masak merah... kalau tak salah teman..sebab teman tak ambil makanan disini..
Meja ni laksa.. bihun sup...  dan seperti biase .. leilarazii.. gambar 1..hait macam mana diaorang ni kenal teman..ni mesti kerja orang dalam..entah-entah nua bali... hahahaa...
Jemput makan!! kata diaorang pada korang lerr.. hihihi..
Ni pilihan teman...Laksa...
Pilihan teman jugak..cendol....
Jemput makan Knight Riders... pelawa superwan...
Tengok wajah asraf?? cuba korang banding kan dengan gambar diatas..gambar mula-mula.. ade beza kan... dah ceria...hahaha...
Pilihan teman jugak.. lemang..tak sangka, raya dah lepas... tapi dapat peluang makan lemang lagi disini..cuma sedikit kecewa... tak dapat merasa daging rusa... kerana sudah habis....

Seperti dijanjikan... apa lagi..tuntut janji lah  hehehe bergambar kenangan dengan Ketua Polis Batu Gajah sapa lagi kalau bukan gerak-gerak khas iaitu Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif. Oleh kerana ini Acara VIP polis.....dan teman diberi keizinan oleh beliau untuk teman menulis blog ini...Terima Kasih Tuan...

Maka... berakhirlah kayuhan kami hari ini.. ..satu pengalaman yang tercunn dalam kenangan.. :).. jutaan terima kasih kepada Cputeh riders, AJK Taman Siputeh kerana sudi menjemput kami menyertai kayuhan ini.. tak lupa jugak ..kepada pihak IPD, Ketua Polis Batu Gajah dan Ketua Polis Perak.. satu pengalaman yang tak mungkin kami akan dapat di tempat lain.. cuma kami berharap... kalau ade lagi kayuhan macam ini..jemput lah kami... dan jangan lupa ... simpan sedikit daging rusa kat teman..hihihihi...

*Ilmu terapung seperti di ceritakan diatas adalah rekaan semata-mata... harap maklum... risau jugak takut orang cari chor khais nak menuntut..hahahaaha
Terima kasih istimewa pada Bro Zaini and Cputeh Riders

Gua tekan pedal cikal dulu....

2 comments:

  1. Sukacitanya , Kami dari penganjur MTB in UPM - Pedal for Kidney & Charity berbesar hati untuk menjemput Kelab encik untuk menyertai event kami.

    MTB in UPM - Pedal for Kidney & Charity
    16 November 2014
    8 am - 1pm
    Bukit Ekspo UPM

    Blog kami.. http://mtbupm.blogspot.com/
    Page FB kami :https://www.facebook.com/mtbupmnkf

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas jemputan.. nanti saya bincang dengan team..kalau tidak apa program.. team kami sampai..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...