Thursday, July 24, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri - 2014


Assalamu’alaikum W.B.T

Cepat betul masa berlalu...hanya tinggal beberapa hari saja lagi, kita akan menyambut kedatangan Syawal yang dijangka jatuh pada 28 July 2014 (Isnin). Oleh kerana itu, teman dan semua warga Knight Riders Team ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua riders2 seluruh malaysia dan anda semua yang kebetulan membaca entri ini.

Teman juga menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada riders2 tak kira dari Knight Riders Team atau dari Riders2 dari team lain serta kawan2 ..sahabat2..bloger2...yang singgah membaca blog ini, mana nak tahu sepanjang penulisan atau komen teman ini telah menyinggung perasaan dan menyakiti hati anda secara sedar atau tanpa sedar, secara langsung ataupun tidak langsung. Harap dimaafkan yer ... :)

Kepada yang balik kampung halaman tu hati-hati bawa kereta dan motor,yang mana naik pengangkutan awam tu, jangan lupe cakap kat driver yang bawa kenderaan tu supaya berhati-hati ketika memandu kerana kami nak raya, tak lupa jugak kut2 ada, yang mana naik basikal tu ketika beraya.. jangan lupa helmet.. Semoga selamat sampai ke kampung dan insyaAllah, kite akan ber jumpa lagi di Jamboree, Funride, on road, ofroad, atas bukit, dalam hutan, balik pokok, ...lepas raya ni.

Akhir kata.. lagi sekali..teman dan semua warga KRT ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin...

P/S: Jangan makan banyak2 ketika beraya..nanti kayuh basikal naik bukit undur balik... kerana berat sudah naik...



8 comments:

  1. selamat hari raya aidilfitri untuk semua ahli kelab knigt rider team.. terutama buat admin blog dan ahlinya.. keep updating blog..semoga terus sukses

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya sob.. :) , Terima kasih sahabat..

      Delete
  2. Peh.... terbaekkk chor... name aku pn ade... teman suke bebeno.. ipoh mali talak sombong...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...