Monday, January 27, 2014

KRT + Ipoh Riders Nite - Rojak Time.. Friday 240114

Gambar diatas bukan menunjukkan diaorang tengah bersiap sedia untuk pergi stadium tengok bola kerana memakai baju kuning (Perak)... tapi sebenarnya untuk berkayuhhh..hehehe..seperti kebiasaan kalau air tidak mencurah dari langit.., setiap hari jumaat, kami ahli2 KRT akan berkayuh pada waktu malam bermula jam 8.30pm..kami akan berpusing-pusing atau berlegar-legar pekan ipoh ....hhahaha...24jan2014 time 8.30am menceritakan....



Disebalik cikal kelihatan Khais tengah berpeluh....bukan berpeluh kerana pam tayar motokar..tapi cikall beliau..khais atau ada ada setengah orang panggil kona..beliau ni orang paling lama dalam KRT..kalau kerja kilang beliau ni boleh dikatakan batch no KRT0001...kerana beliau ada lah ahli pertama dalam KRT ni...(tak nampak muka lagi kan..sabar..dibawah nanti akan nampak wajah beliau yang tersembunyi).

Haaa!! ni dia..Kona...atau Khais... 
Ini pulak Meor...Orang terawal jugak dalam KRT..Employer no teman tak tahu lah pulak..tapi dalam no 5 jari lah jugak...bayang kan ahli dh berpuluh-puluh..hampir ratus....

Jentera kesayangan khais bersandar manja dengan kancil peliharaan beliau...

Seperti biasa..Team KRT Selatan (termasuk Penulis) akan berkayuh dari Desa Aman menuju ke KTM (8km)..lebih kurang 20min kami sampai KTM..Bila kami sampai sahaja di KTM kami terkejut..bukan sahaja kami ditunggu oleh geng KRT belah Utara..Timurr..Barat.. malahan kami turut ditunggu oleh Geng cycling ipoh yang popular seperti Moreira, HTR,4.2,  dll..gambar diatas mula dari kiri adalah Ali, Arm dan Coon.. 
Rupa2 malam tersebut malam Nite Ride...jadi memang kebanyakan team cycling akan berkumpul dan berkayuh bersama-sama...ini sangat bagus......walaupun berlainan Team..tapi kami bersatu dalam cycling ..satu kebanggaan ...

Kelihatan President KRT En Syukur turut hadir (berbaju Biru)

Kami sudah bersedia untuk bergerak... 
Kami di kawal oleh Marshall bermotorsikal...
Kayuhan bermula... 
Hampir dihadapan adalah Khais, menunjukkan tanda V....

Masih berkayuh ..menuju ke Sungai Rokam 
Ini adalah En Nazim..menunjukan tanda I

Meter menunjukkan sudah 10km basikal teman ni berputar.. 
Arm KRT...jarang2 kayuh ..sekali kayuh...habis semua orang dia tinggal 

Dalam banyak2 gambar...gambar ni teman berkenan...ada seni rupa nya...

Bro Nazim dengan..aiseyyy ..lupa lagi nama bro sebelah nazim tu.. aduhh...teman bagi gelaran pada nye lah Power Leg....pernah jumpa masa Funride CNY.. cerita ada disitu ..cuba klik disini

Arm dan Power Leg...Power leg cuba membentuk badan beliau huruf C 

Yang berbaju kuning dihadapan ada lah Iekyn...satu-satu wanita dalam KRT yang paling aktif dan paling kuat..teman pun kalah...dan juga wanita pertama dalam KRT berjaya menawan puncak Bukit Kledang.. Nak tahu cerita beliau klik disini

Kami sudah sampai Medan Gopeng.... 

Diwajah Arm Menunjuk kan beliau masih lagi bertenaga... 
Yess!!! kata arm..aku masih bertenaga dan bukan diantara riders yang dibelakang...tanpa disedari Iekyn lagi beberapa pusingan roda akan memotong beliau yang hanya senyumm ajerr...siap boleh minum lagi....hehehe 
Kami sampai CP 1 iaitu padang polo..kebanyakan riders2 akan berkumpul disini....
Sebahagian riders yang turut serta...stage padang polo..

Biasa lerrr.. bergambar kenangan ,, 
Time rehat...  

Itu dah biasa..time2 macam ni kami bersuai kenal..menilik- basikal rakan2...tengok apa yang dah upgrade...
  
Dua jurugambar ini dengan satu tujuan ..mengambil gambar kami ...hehe...dan teman pulak mengambil gambar mereka...hehehe  

Geng KRT bergambar dengan Otai Cycling ....yang amat popular dikalangan cycling..iaitu Mie Gilerr berbaju biru sebelah syukur dan meor..(teman tak tahu...tapi diaorang yang cakap suruh tulis nama mie giler....minta maaf ye kalau ada yang  tersinggung ..)..menurut mereka...tak kire jamboree ..ke....funride ke...beliau pasti akan tulis nama beliau Mie Gilerr.....

Ada yang sedang menukar tiub..kerana pancit..nampak meriah jugak lah kat sini macam kat udo ocean..hehe..

Time ni memang teman betul2 tangkap gambar khais terkejut...bukan terkejut apa..beliau terkejut ..tak sangka disini dia akan bertemu dengan...jeng2...
Tak sangka bertemu dengan kawan cycling lama...Wow!! kata khais...Chorrr!!  kata khais lagi....

Ini kawan baik teman Chorrr...kata khais sebelum sempat teman menekan button snap..hehe

Menurut Khais...sebelum tertubuh nya KRT..beliau bersama dengan group diaorang ini atau dikenali group PGA ulu kinta..oleh kerana selalu kena tinggal disebabkan mereka semua handal2 time tu...maka beliau mengambil keputusan meninggalkan team ini dan menubuh Team yang ada sekarang..bermula dengan NITE RIDERS TEAM yang ahli masa tu 4 orang saja (merujuk pada sejarah penubuhan KRT) atau kini dikenali dengan KNIGHT RIDERS TEAM. yang ahli makin lama maki bertambah dan berkembang.

Motor2 Marshal

Diantara Geng KRT yang turut serta memberi sokongan..

Buah hati Teman..... 
Menurut Meor, menepuk-nepuk seperti gambar diatas dapat membantu melepaskan gas yang terkepung..

Ini team lama teman chor..team PGA... kata khais 
Khais dan Iekyn..dua2 dah jadi legend...khais 1st batch KRT..Iekyn 1st batch kaum wanita KRT menawan bukit kledang..teman pulak legend tengok ajerr...hehehe..

Jentera kesayangan Iekyn...tengok boleh...usik jangan...

Khais menunjukkan betis nye telah berotot kerana kuat mengayuh..hahaha.. 
President KRT Syukor.. 

Lebih kurang 30min dipadang Polo..kami bergerak pulak ke Stadium dan seterus nya kembali ke KTM.

Iekyn, Khais dan syukor..bergambar kenangan...bus stop...

Anak Nadzim, Coon dan sebelah nya korang kenal punya...tak payah sebut nama...

2 sahabat..Ali dan Arm

haaa..sapa tu??? pandai pun...The Power Leg... 

Khais menunjukan Terbaeekk untuk kayuhan malam itu..

Seperti biasa...sebelum pulang..kami singgah TKK dulu pekena ais Kacang... 
Ini teman punya...dan telur didalam mangkuk itu menunjukkan tanda O

Seperti biasa..iekyn akan menapis gambar2 yang diambil sebelum disiar kan kepada umum..macam FINAS pulak..tapi bagusss...sekurang-kurang nya tidak ada gambar yang tidak sepatut nya tersiar...kalau saya...bedal ajerr... 
Selesai..kami pun berangkat pulang ke Desa Aman dimana kancil peliharaan khais menunggu..

Kayuhan pulang terasa sunyi..kerana dah larut malam dan keletihann... 

Meter teman diatas menunjukkan 12.26am...dan 37km kami terkayuh....

Sudut Menguji minda
Bermula dengan khais tanda : V
Bro Nadzim tanda : I
Power Leg tanda : C
dan siapakah yang menunjukkan tanda O ???  ____ (lekas cari dan beri jawapan ditempat comment). 

**setiasa bawa tiub dan pam apabila mengayuh kalau tidak mahu pulang dengan Bas atau teksi**

Gua tekan Pedal Cekal Dulu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...