Wednesday, February 5, 2014

Detik 8.30pm hari selasa bermula dari Desa Aman menceritakan..

Gambar diatas menunjukkan AP tengah mebetulkan seat...ia adalah satu faktor dan boleh memberi impak besar ketika kayuhan nanti apabila kedudukan seat tidak betul pada tempat nya..ketelitian juga disini harus dititik beratkan......Hari Selasa 4hb Feb 2014 detik 8.30pm menceritakan

Seperti biasa..seperti dulu2...sama seperti tahun2 yang dulu..setiap hari selasa..kayuhan kami bermula dari Mobil Desa Aman.Diatas adalah diantara Team KRT Selatan, dari Kiri (berbaju merah) Dira, AP (ni glamour Sikit), Khais (tentu korang kenal batch KRT0001), Iekyn (sapa tak kenal beliau) dan yang mengambil gambar diaorang ni iaitu Laila (Gua tekan Pedal cikal Dulu).

Kita dah boleh mula dah ni..kata dira kepada AP dan kami semua...Moh Le kite...kata AP pulak..dan kami hanya mengangguk tanda setuju...hehehe

Jom Chor ..kata khais pada teman....
Kayuhan kami terhenti, bukan apa..dira terlupa untuk memeriksa cikal beliau sebelum kayuh tadi...bukan apa..seperti biasa...sebelum kayuh ..pemeriksaan pada cikal amat penting..terutama bila kayuh diwaktu malam....paling penting tayar spare...lampu...kad pengenalan (karang diaorang ingat lain pulak)...jadi Dira perlu memberhentikan kayuhan beliau..

Khais pun tidak melepas kan peluang untuk memeriksa stock coklat koboi beliau mencukupi atau tidak...cukup chor... kata beliau..

Ini rupa nya bila kayuh pada waktu malam...terutama ditempat gelap...lampu amat memainkan peranan penting...cuma jangan terlalu banyak sangat lampu ..karang MERIAH pulak, jangan sampai nanti orang tahan ...kerana diaorang ingat kan Beca.dah MERIAH katakan..
Santai time...setelah 7km berkayuh...kami sampai KTM..alhamdulilah...(masa diambil lebih kurang 15min).

Iekyn dan farah

Kelihatan President kami turut hadir..bro Syukur (berbasikal)...
Dan Khais tengah mengelamun entah dimana di KTM ini...

Kona. cikal Khais turut mengelamun dihadapan Dewan Ipoh..mengikut tuan nyerr...

Kan teman dah cakap tadi..sebelum kayuh ..pemeriksaan teliti harus dilakukan ...supaya kelancaran dapat dilancar...diatas kelihatan cikal AP mempunyai kesulitan...tengah mencari...ini kerana menurut AP, ketika berkayuh tadi beliau terasa kurang keselesaan....terasa sengal2...

Dira tersenyum riang, mungkin beliau dah tahu apa punca nya...orang lama dengan cikal katakan..

Adakah Disc break ini punca nya beliau tak selesa????jeng2 ...

Kelihatan gambar diatas, Ali dan dira tekun membantu...kelihatan Iekyn memerhati gelagat mereka bertiga ..
akhirnya...masaalah dapat diatasi...rupa2 nya.....

Kedudukan seat cikal beliau tidak berada dikedudukan yang betul...hahhaahaha...

Setelah selesai, kami menerukan pejalanan ke jalan kuala kangsar...

Khais laju dihadapan....maklum lah ..dah hampir 2 minggu tak kayuh kerana tugas yang menghalang..

Kami berhenti sekejap di Esso jalan kuala kangsar untuk meringan kan badan (faham2 lerr), kelihatan AP diatas dengan wajah legaaaa..dan teman pun baru selesai....legaaaaaa   jugak...hahahaaha

Dari jalan kuala kangsar kami ke jalan Stadium pulak..sempat berposing sementara menunggu yang lain sampai....

Oleh kerana diaorang kat belakang tu belum sampai lagi..kami bergambar lagi sekali..kali ni Ali pulak yang mengambil gambar...

Ha!!! sampai pun diaorang...Dira dan AP..kite bergambar lagi..

Gambar di sudut cikal teman...botol air teman...sentiasa menemani....kelihatan Dira dan Khais mereling ....

Setelah selesai...kami menerukan pejalanan ke jalan Bulatan Bahagia....(berdekatan Padang Polo)..

Setelah sampai kebulatan bahagia...kami menghala ke bulatan dekat rumah menteri Besar pulak. ...disitu kami hilang arahh...kerana kepala kami iaitu ALI kayuh dah macam pelesit ......orang kata dah lebohhh...walau bagaimana pun kami tetap senyum. apa nak takut..dah tempat kite...kalau orang portugis mahu terkucirr kat situ....lihat gambar diatas iekyn dan khais senyum ajerr...termasuk teman yang mengambil gambor ni.....

Nun dihujung sana ada lah rumah MB...tengah tidur agak nya abang teman ni, kalau tidak boleh singgah...

Sebelum kami bertiga (termasuk yang mengambil gambar ni) meneruskan pejalanan..seperti biasa..kite bergambor dulu...bukan apa..gambar ni kadangkala penting...nak bukti kan kite dah sampai tempat yang akan kite ceritakan nanti..sebagai contoh ..gambar diatas..lagi 500meter Iekyn dan Khais akan sampai ke IBIS dan Kinta Riverfront...termasuk lah teman..hehehe

Kami meneruskan kayuhan kami ke TKK (Taman Kanak Kanak), Eh bukan nya kami nak main buai kat taman kanak-kanak tu...sebenarnya nama saja macam tu...disitu adalah pot kiteorang pekena ABC... Gambar diatas kelihatan ALI bosan kerana lama bebenor menunggu kiteorang..mana tak nya...dekat 10 kali kami bergambar sebelum sampai ..hahhaahaha(jangan cakap kat ALI..karang dia merajuk susah nak pujuk)hahhaa

Rasa nya Ali dah tahu sebab kami sampai lambat..masam ajerr muka nyerr.  sampai cik adik yang mengambil order sikit punyerr cun tak dilayan nyerr...die lupa..kedai yang beliau duduk tu kedai bapak cik adik tu..heheehehe..(jgn mare ye Ali ..teman bergurau)..
Kami bergambar sebelum ABC kami sampai...

Ini lah rupe Khais setelah dah pekena Meehonnnn...rupa nak cari bantal..hehehe
Dah selesai...kelihatan iekyn tengah kira duit untuk menjelas bayaran yang belum dibayar, Cik adik ni masam ajerr dari tadi.....kenape??? takutkan Ali kut....hehe

seperti biasa, dibawah pokok ini lah basikal kami berehat.......agaknyerr lerr..pokok ni pun dah kenal cikal kami...terutama cikal yang bewarna kuning tu...haha..

"tanya sama pokok apa pasal goyang..nanti jawab pokok ..cikal kuning tumpang bersandar.."


Kami meneruskan pejalanan kami ke Desa Aman untuk penutup kayuhan malam ni..

Kayuhan kami malam itu santai dan menyeronokkan...bertambah menyeronokkan lagi kalau malam itu Ahli baru KRT selatan turut serta..tapi apa nak buat kecemasan tidak diundang dan tidak dapat dielak...... segala yang berlaku ada hikmah..

Malam tersebut yang turut serta
Syukur (president)
Laila
Dira
Iekyn
AP
ALI
Khais
Farah

***periksa cikal anda sebelum memulakan kayuhan, pastikan peralatan  mencukupi, dan pastikan anda murah senyuman supaya kayuhan itu termanis bagi rakan anda*** 

Macehh...

Gua tekan pedal cikal dulu...

3 comments:

  1. Bro Khais ni macam pernah tengok..tapi dimana ye?

    ReplyDelete
  2. What a nice blog...heheh..Lawak n cool journey. Keep it up! :D

    ReplyDelete
  3. cool ...terigin nk join.. kat mana ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...