Tuesday, February 11, 2014

Bukit Ulu Kinta Datuk K berjaya kami tawan


Kayuhan kami Terhenti dihutan rimba bukit Ulu Kinta, Kami terpegun,langkah kami terbantut seketika, tidak ada sorang pun berkata apa-apa, suasana sunyi seketika ..semua nye terpaku dihadapan.... berjayakah kami menaiki entah bukit keberapa dihadapan kami ini??? hari ahad 9hb feb 2014 jam 8.00am menceritakan...

Pagi...7.05am..Teman sampai lokasi seperti dijanjikan...Depan maktab, dekat pot air buah (yang terkenal bagi cycling yang lalu disitu)....hari masih gelap....tunggu dan terus menunggu....menunggu dengan setia kawan-kawan2 yang lain....

20 min selepas itu Dira sampai...gambar diatas dira sedang membantu menyeting basikal iekyn ..dan seperti biasa..membuat pemeriksaan... dan tak lupa jugak basikal kuning teman yang banyak jasa tu...kelihatan cemburu melihat basikal iekyn... 
Nishiki Basikal Dira tengah bergayut.. 
Kami memilih parking hadapan bas stop...kelihatan kucei baru sampai..

Selang beberapa minit ...Wong pun sampai...kelihatan Kucei tengah setting cikal beliau..

Kelihatan Datuk K sudah sampai..leader kami pagi ini.... kelihtan kucei tengah mengelamun setelah selesai melakukan pemeriksaan pada cikal beliau..

Cikal kesayangan datuk K tersandar ditiang elektrik...merehatkan diri... 
Kelihatan cikgu firdaus sampai...kami masih menunggu lagi ketibaan rakan2 yang lain..

Nazhirin sudah sampai.. kali wajah beliau ada sedikit senyum...(dah lupa kisah lama lah tu)

Kelihatan Kapten pun sudah sampai (jersey kuning) 
Kelihatan iekyn dari tadi senyap (sebenarnya beliau tengah Yoga)..bukan apa..ini salah satu teknik beliau menyimpan tenaga...hehe.. cuba lihat kedudukan beliau duduk kaki bersilang...itu jugak satu teknik untuk mengelak kan kremmm ketika berkayuh nanti..hehe 
Ini teman...kaki diletakkan bergitu untuk mengurang kan stress ketika berkayuh nanti ...kelihatan dibelakang iekyn masih Yoga lagi.. 

Nampak nye..semua sudah ada...boleh lah gerak sekarang (tengok gaya dira) 

Ini datuk K (gelaran datuk tu bukan sebab beliau ni dapat pingat...tapi hanya gelaran kerana 30% wajah nya macam datuk K dan kebetulan pulak namanya pun bermula huruf K)hehe.

Kami memulakan kayuhan... 
Setelah beberapa KM kami berhenti atas arahan leader kami pagi tu (datuk K) kerana ada orang yang tertinggal dibelakang..peluang ini diambil oleh iekyn untuk meneguk air 100plus beliau.. 
Ha tu dia..dah sampai yang tertinggal..bila masuk kat dalam ni paling penting jangan putus dengan kumpulan...kerana didalam ni banyak jalan tipu...maksud nya jalan yang bila anda masuk boleh tersesat...lagi satu perlu diingat...kite telah masuk ke zone HUTAN....jadi berjaga-jaga kerana besar kemungkinan macam2 boleh berlaku... 
dihadapan kami ada 2 jalan..satu menaik...dan satu lagi menurun....leader kami memilih jalan menurun  (yes dalam hati teman...sebab teman lihat jalan sebelah kanan tu amat panjang jugak menaiknya...)

Kelihatan dira dan Iekyn jugak tersenyum bila leader kami memilih jalan menurun (mungkin dalam hati diaorang ni sama seperti teman fikir..hehehe)


Kami meneruskan pejalanan.. 
Kami dah mula mendaki... .panjang juga mendaki...... 
Meter teman dah menunjukkan 3km dah mengayuh...

Belum berakhir lagi mendaki...mak datuk panjang nyerr...peluh teman dah menitik-nitik...nitik..nitik....

Isshh penat jugak...tapi tengok iekyn...selamba ajerr ...siap boleh senyum lagi  ...kalau macam ni teman pun nak buat Yoga jugak lah.... 
Aduhh bukit lagi....banyak lagi bukit nyerr chor...kata leader kami Datuk K... (aduhh patah semangat teman mendengar nyerr)
Kami berhenti sekejap...menghilang penat..kelihatan Ali mencari pot...faham2 ajerr lerr.. 
Peluang ini diambil untuk bergambar...sebahagian dari kami...sebahagian lagi dah kedepan ...(meninjau)

kami meneruskan pejalanan...dan kami tempuh beberapa bukit lagi...kelihatan kucei terpaksa menolak cikal beliau ...bukan beliau tak boleh mendaki dengan cikal..tapi cikal beliau tergelincir sedikit kerana trek memang lembab sedikit...kadangkala..bila kite berhenti ditengah pendakian..untuk menyambung kembali kayuhan memang sukar sedikit...

Kelihatan Arm diantara yang berjaya mendaki tanpa menolak.. 
Kucei kelihatan sedikit kecewa kerana tidak berjaya kerana tergelincir tadi (kejap..nama beliau kucei bukan kerana beliau suka makan kucai...tapi diambil dari nama beliau qushairi...maka jadi lah kucei)

Kelihatan wong pun turut menolak...masalah shift gear kata nyer..

Kelihatan iekyn dah mecekak pinggang...jom2 ..kata nyerr..

5 min lagi ..kata Dira kepada iekyn untuk memberi wong ruang untuk berehat...Cantik betul View teman lihat..ni dah kira pertengahan puncak ni...  ditepi jurang pulak tu....  

Arm mencium bau ketiak beliau pengit atau tidak...tanpa beliau sedari teman sudah mengambil gambar beliau..hehehe

Iekyn mencekak pinggan lagi sekali...... (faham-faham lerr) 
Diatas kelihatan dari kiri Datuk K, Kapten dan Cikgu Firdaus.. 
Jom kite bergambor dulu.. 
Wong mengambil gambar teman..dan teman mengambil gambar beliau...hehe 
Persediaan wong cukup bagus...tengok gambar diatas..cikal wong dengan lampu...bukan apa..beliau risau kut sesat sampai malam...ada lampu untuk menyuluh..hehehe...

Setelah berehat seketika... kami meneruskan pejalanan....aduhhh bukit lagi...

Disini kami terpaksa tolak kerana jalan lincin...hehehe (ada alasan)...tapi kalau korang nak tahu ...hanya kami yang menolak (dalam gambar diatas termasuk teman hehehe) yang lain semua berjaya kayuh sampai diatas termasuklah IEKYN...

Hero Ulu Kinta...steady ajerr kayuh walau setinggi mana bukit didaki...celah gigi ajerr bagi die... Datuk K kenapa beliau teman gelar Hero?? ada sebab nya..nak tahu rapat dengan beliau.

Kelihatan iekyn tergamam melihat bukit dihadapan ..wow!! bukan iekyn yang cakap..teman yang cakap...lepas ke ni...??? 
Aiseyman....kata Ali apabila melihat bukit dihadapan..
Kayuh pelan2...kosongkan fikiran...jangan pandang dihadapan...Nasihat Datuk K pada kami...kelihatan Iekyn masih tergamam...disini iekyn perlu mengunakan semua skill yang beliau ada..termasuk lah latihan Yoga beliau..berjayakah beliau???? sama2 kita tunggu.. 
Tadi iekyn tergamam kan...kali ni diaorang pulak tergamam apabila melihat iekyn berjaya kayuh sampai bukit diatas ...hahahaha 

Kelihatan kapten mencuba...tapi tidak berjaya di pertengahan.. 
Ali masih lagi terpinga-pinga..berjayakah beliau....kalau tak berjaya malu ni..iekyn dah lepas...kata beliau...

Tanpa membuang masa...Ali terus memecut...tapi aaduhhh sikit lagiii  ...beliau pun gagal ...lagi suku nak sampai atas....(time ni dinasihatkan jangan pandang wajah iekyn)..hahaha

Kelihatan cikgu turut sama memecut....dan sama jugak nasib seperti kapten.. 
Dan last kali teman...bukan kata cikal teman sampai dulu ..tapi teman yang sampai dulu tanpa cikal..macam mana tu...haahahaa

Kelihatan diaoang membuang tanah yang melekat ditayar..kerana ini akan menganggu pejalanan.. 
Iekyn pun tidak melepaskan peluang 
Kelihatan wong sudah selesai bagi tayar belakang beliau...

Jom kata Dira...kelihatan kecewa kerana tanah yang melekat ditayar cikal beliau tidak berjaya dikeluarkan 
Ok2 ...kata kucei dan arm kerana tidak mahu kena tinggal..

Kami meneruskan pedakian... 
Dan satu lagi pendakian 
dan lagi... 
Setelah beberapa KM mengayuh...kami berhenti untuk berehat...kelihatan sedikit kepenatan diwajah Am..

Dira pun sama..kelihatan kepenatan...cuba cover dengan duduk mencangkung....hehe 

Iekyn melaku kan Yoga lagi untuk menghilang kan penat...hehe

Tengok Hero kite... Datuk K..relik ajerr.. 
Dira mencerita kebaikan air oksigen kepada Ali.. (tengok gaya Dira).

Kami meneruskan pejalanan kami setelah 10min berehat.......

Keletihan kami terubat sedikit apabila ternampak permandangan yang sungguh indah disini...dan peluang ini diambil dengan bergambar..

Teman tak melepas kan peluang bergambar dengan mereka yang handal2 ini ...menurut datuk K...sini boleh dikatakan puncak....lepas ni ada 2 lagi bukit dan lepas tu habis...kite downhill.....(yes ..itu lah paling teman gemar) 
Kelajuan turun disini teman record 45km/sejam, perlu berhati-hati disini...silap langkah boleh ke gaung pergi nyerr...paling edak pun terus ke air buah dibawah...hehee 
Salah satu bukit yang Datuk K cakap...boleh tahan jugak bukit nyerr....timbul urat dahi teman mendaki nyerr..
Menuju kebukit yang last  (kata Datuk K)...yess..lega..lepas ni boleh downhill....

Opocot!!itu lah keluar dari mulut teman...dan tiba2 suasana sunyi sepi....sebutir suara pun tidak kedengaran...semua terpaku didepan...rasa nya angle bukit dihadapan kami adalah hampir 50 degree...
Walawee...Arm berkata-kata...Power beb.....hanya satu jalan saja didepan kami...tiada jalan tipu kami boleh masuk..

Dihadapan...kelihatan Ali....menunggu signal...
iekyn ..jangan cakap..malas teman nak tanya...tengok muka pun dah tahu jawapan nyerr...
Jom..jom...teruskan..kata Datuk K...

Kalau cikal dah sandar disini ..makna nyerr kami berjaya lah mendaki..hahahaaa....
Kelihatan Wong menolak turun bukit..ada masalah brek katanyerr....
Rehat 10 min..kata datuk K...
Peluang ini diambil oleh Ali dan Arm untuk bergambor....
Teman tak melepaskan peluang..turut bergambor...

Keluihatan Wong baru sampai..
Iekyn sedikit pun tidak menunjukkan penat..
Peluang ini juga diambil untuk bergambar oleh Wong dan Datuk K.

Setelah 10 min..kami meneruskan pejalanan menuju jalan keluar.....

Setelah 15min...kami pun sampai...

Meter teman menunjukkan pedakian kami 13km..
.
Diatas adalah map pejalanan kami...
Ketinggian pulak 250meter

Tak sah kalau sebelum balik kami pekena air buah dan buah-buahan..itu satu kewajipan bagi riders-riders kat situ...
Antara buah-buahan yang ada disitu...ini dia baru letak ,,,sebab time masih awal lagi...lebih kurang 10.30am ...kalau pukul 11 keatas nanti...seperti kebiasaan ..akan penuh dengan bermacam-macam buah-buahan..dan harga buah-buahan disini sebungkus rm1.00..

Bermacam-macam air ada jual disini... satu gelas air disini 50sen ajerr..

Wong dah pening nak pilih air apa...hehehe..

Kelihatan dimeja Datuk K, Kapten, Cikgu fidaus.... tengah makan buah...

Ini buah kesukaan teman...jambu....dan air teh bungan...modal diatas cuma RM1.50 ajerr

Kelihatan datuk K dan Dira...

Cikgu Firdaus dan Kapten
Dan Wong...
Tak lupa jugak Kucei...
Tak sampai 20min kami disini..tempat ini dah penuh dengan riders..yang datang dari group2 yang berlainan.

Ini lah pot air buah teman cakap tu...dihadapan maktab Ulu kinta..

Sebelum pulang...kami berborak kosong dulu..(cuba lihat kedudukan Datuk K...sama macam Dira kan  hehehee)
Trek kali ini memang terbaik...kami akan repeat lagi trek ini setelah setengah dari kami gagal mendaki beberapa bukit..

Kepada Datuk K, Kami mengucapkan Terima kasih kerana membawa trek yang bagi kami terbaik pernah kami tempuh...

***Pastikan anda membuat pemeriksaan pada cikal anda sehari sebelum anda masuk offroad, demi kelancaran anda berkayuh***

Macehh

Gua tekan pedal cikal dulu....

(setiap cerita diblog ini tidak semesti nye betul ..ia sedikit diolah menjadi sesuatu yang lebih menarik dengan satu tujuan..anda terhibur..)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...